Silap orang Melayu biarkan politik berpecah  - Utusan Malaysia

Silap orang Melayu biarkan politik berpecah 

MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sikap orang Melayu yang suka berpecah-belah menjadi punca penubuhan pelbagai parti sehingga politik kaum itu berpecah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kesilapan dilakukan mengakibatkan kini mereka hanya bersaing sesama sendiri.

“Hari ini ramai berpendapat UMNO yang kalahkan British. Jadi parti boleh beri kemenangan. Maka ditubuhlah beberapa parti. Ini memecahbelah orang Melayu.

“Mereka bersaing sesama mereka. Tidak mungkin ada antara mereka yang menang, mereka kalah. Negara tergadai. Tanah Melayu sudah jadi tanah orang lain. 

“Siapa silap. Yang silap ialah orang Melayu. Ini adalah perjuangan yang terakhir bagi orang Melayu,” katanya menerusi akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata, pada satu masa dahulu Melayu bersatu melalui satu parti iaitu UMNO.

“Yang penting (pada masa lalu) bukan UMNO tetapi perpaduan melalui UMNO,” katanya.

Selain UMNO, parti turut membawa perjuangan Melayu termasuk Pas, Parti Pribumi Bersatu, Parti Amanah Negara (Amanah), selain parti kecil lain seperti Parti Berjasa Malaysia (Berjasa), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG); Parti Ikatan Bangsa (IKATAN) serta Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA).

UMNO sebelum ini memperkenalkan Kolaborasi Agung bagi tujuan menghimpunkan seluruh parti politik Melayu dan Islam di bawah satu landasan sama, terutama dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan kaum dan agama itu.

Pada Februari lalu, parti politik berteraskan Islam, Melayu dan Bumiputera kali pertama duduk semeja berbincang serta mencari titik persefahaman mengenai isu kepentingan agama dan kaum.

Pertemuan sempena Musyawarah Isu-Isu Islam dan Bumiputera itu berlangsung di Ibu Pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) turut dihadiri Pas, PKR, Amanah, PGRS, Berjasa, KIMMA, dan IKATAN.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN