PETALING JAYA: Pelan Damai 20 Perkara mengenai Gaza yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump hanyalah satu bentuk jenayah perang yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan menafikan hak rakyat Palestin. Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pelan tersebut bukan sahaja menghina memori puluhan ribu rakyat Palestin yang terkorban, malah menggambarkan satu cubaan penyamaran penjajahan Israel di sebalik cadangan pembangunan semula yang kononnya bersifat kemanusiaan. Beliau berkata, pelan Trump…