PETALING JAYA: Misi Global Sumud Flotilla (GSF) adalah contoh semangat persaudaraan tanpa batas dalam membantu mereka yang benar-benar memerlukan bantuan. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah GSF adalah misi kemanusiaan yang murni dalam membantu mereka yang kelaparan termasuk golongan warga emas, wanita serta kanak-kanak. Seri Paduka Baginda bertitah sukarelawan-sukarelawan yang terlibat dalam GSF termasuk rakyat Malaysia sanggup menggalas risiko dan cabaran demi membawa mesej kemanusiaan ke peringkat antarabangsa. “Mereka hanya…