Medvedev tamatkan penantian 882 hari

Medvedev tamatkan penantian 882 hari

Daniil Medvedev. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALMATY: Daniil Medvedev akhirnya menamatkan penantian panjang selama 882 hari apabila menjuarai Terbuka Almaty di Kazakhstan selepas menewaskan Corentin Moutet 7-5, 4-6, 6-3 dalam aksi final yang sengit, semalam.

Kejayaan itu menandakan kejuaraan ATP ke-21 dalam karier bekas pemain No.1 dunia itu, sekali gus menamatkan kemarau gelaran sejak kali terakhir menjulang trofi di Terbuka Itali pada Mei 2023.

Sepanjang tempoh tersebut, Medvedev tewas dalam enam perlawanan akhir termasuk di Grand Slam Terbuka Amerika (AS) Syarikat dan Terbuka Australia, menjadikan kemenangan di Kazakhstan ini penuh makna.

Pemain berusia 29 tahun itu, yang kini menduduki ranking ke-14 dunia, bergelut dengan kesilapan sendiri apabila melakukan 13 kesilapan sendiri dalam dua set pertama menentang Moutet yang memburu gelaran ATP pertamanya.

Namun pengalaman dan ketenangan Medvedev menjadi penentu apabila beliau melepaskan tiga ace penting dalam set penentuan untuk menundukkan pemain Perancis itu.

“Saya tidak begitu gembira dengan cara saya bermain pada beberapa ketika, tapi kemenangan ini sangat bermakna.

“Pada detik-detik penting, saya bermain dengan baik dan itu membuat perbezaan,” kata Medvedev.

Kemenangan tersebut sekali gus mengembalikan keyakinan Medvedev yang dilihat semakin pulih prestasinya selepas musim penuh cabaran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN