BARCELONA: Wabak demam babi Afrika dikesan di luar zon kawalan di wilayah timur laut Catalonia buat pertama kali sejak dilaporkan pada November, menurut pihak berkuasa.
Demam babi Afrika adalah penyakit virus yang tidak membahayakan manusia tetapi sering membawa maut kepada babi domestik dan babi hutan.
Walaupun penyakit ini belum merebak ke ladang babi domestik, wabak ini menjejaskan eksport dari Sepanyol, pengeluar daging babi dan produk berkaitannya yang ketiga terbesar di dunia.
Sebanyak 13 kes baharu melibatkan babi hutan dilaporkan, termasuk dua kes di kawasan di luar zon kawalan enam kilometer berhampiran Barcelona, menurut jabatan pertanian Catalonia.
Pihak berkuasa kemudian meluaskan zon berisiko tinggi ke kawasan yang terjejas dan mengehadkan akses ke hutan sekitarnya bagi menghalang penyebaran lanjut.
Ini merupakan kes pertama Sepanyol sejak 1994 dan lebih 100 kes dikesan pada babi hutan setakat ini.
“Lebih dari sebelumnya, adalah penting untuk tidak menurunkan pengawasan terhadap penyakit yang masih wujud ini,” kata Menteri Pertanian wilayah tersebut, Oscar Ordeig.
Punca wabak masih tidak diketahui dan siasatan kehakiman sedang dijalankan.-AFP










