Martin tidak beraksi di GP Portugal

Martin tidak beraksi di GP Portugal

JORGE MARTIN - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Aprilia mengumumkan juara dunia MotoGP 2024, Jorge Martin tidak akan beraksi di Grand Prix (GP) Portugal pada 9 November ini kerana masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan.

Pelumba Sepanyol itu diketepikan selepas terlibat dalam kemalangan semasa GP Jepun yang turut melibatkan rakan sepasukannya, Marco Bezzecchi.

Martin mengalami patah tulang bahu yang memerlukan pembedahan dan telah menyebabkan dia tidak dapat berlumba sejak itu.

Walaupun proses pemulihannya berjalan dengan baik dan Martin sudah kembali menjalani latihan, Aprilia tidak memberikan garis masa yang tepat untuk kepulangannya ke litar.

Namun kini disahkan bahawa dia akan terus berehat dan tidak perlumbaan di Portimao minggu depan untuk memberi tumpuan kepada pemulihannya.

Aprilia belum menyatakan sama ada Martin akan mengambil bahagian dalam GP Valencia, iaitu perlumbaan penutup musim 2025 pada minggu berikutnya.

Martin digantikan oleh pelumba ujian Lorenzo Savadori dalam beberapa pusingan kebelakangan ini dan keadaan itu kemungkinan besar akan berterusan di Portugal, walaupun Aprilia masih belum mengesahkannya.

Terdahulu, Martin mengalami kecederaan yang menamatkan pra-musimnya hanya 13 pusingan selepas ujian di Sepang pada Februari lalu sebelum satu insiden ketika latihan menyebabkan dia terlepas tiga pusingan pembukaan.

Apabila dia kembali di GP Qatar, dia terjatuh pada penghujung perlumbaan utama dan dilanggar oleh pelumba VR46 Ducati, Fabio Di Giannantonio.

Kejadian itu menyebabkan beberapa kecederaan dan membuatkannya tidak berlumba lagi sehingga Grand Prix Republik Czech sebelum rehat musim panas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN