IPOH: Jumlah mangsa banjir di Perak terus mencatat penurunan hari ini kepada 886 orang berbanding 2,888 mangsa semalam. Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, setakat pukul 2 petang, sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi. “Lima daerah yang terjejas banjir iaitu Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah dan Kerian manakala di Hilir Perak sebuah PPS dibuka yang menempatkan mangsa kebakaran rumah. “Penurunan jumlah mangsa banjir…










