Lebih 20 pemain dicadang, hanya tujuh lulus-Tunku Mahkota Ismail

Lebih 20 pemain dicadang, hanya tujuh lulus-Tunku Mahkota Ismail

TUNKU MAHKOTA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mendedahkan lebih 20 pemain yang didakwa memiliki darah campuran pernah dikemukakan bagi mendapat kerakyatan untuk mewakili skuad Harimau Malaya.

Tunku Mahkota bagaimanapun menjelaskan daripada jumlah tersebut hanya tujuh pemain yang mendapat kelulusan daipada pihak kerajaan untuk diberikan status kerakyatan, sekali gus dapat menyarung jersi skuad kebangsaa.

Baginda turut mendakwa bahawa 16 hingga 17 ejen pemain bola sepak pernah menyarankan nama pemain terbabit untuk dikemukakan kepada kerajaan bagi mendapatkan kerakyatan.

“Kita ada banyak ejen yang memperkenalkan sekitar 27 hingga 28 pemain. Saya bukan secara langsung berhubung dengan mereka dan salah seorang adalah Tunku Muda Pahang (Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah) memperkenalkan kepada saya ada beberapa pemain.

“Lihat sesiapa sahaja ada apa-apa maklumat ejen atau pencari bakat, sila bagi FAM dokumen yang lengkap. Bila mereka cadangkan 27 atau 28 pemain, hanya tujuh yang lulus dan kelulusan daripada sistem JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), yang lain tidak lulus.

“Jadi sudah tentu saya tidak mahu pergi lebih jauh tentang perkara itu, ia mencukupi setakat ini. Kita ada tujuh pemain.

“Sudah tentu pada masa akan datang, kita akan terus lihat perkara ini kerana benar kita ada bakat tempatan yang bagus namun jika kita ada bakat luar di liga atau level lebih baik dan mereka ingin mewakili negara mereka, saya rasa ia adalah perkara terbaik untuk pasukan kebangsaan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN