PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahu memperluas pelaksanaan sistem hospital pintar ke semua hospital pengajar universiti di seluruh negara bagi memperkukuh transformasi digital dalam perkhidmatan kesihatan akademik. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, langkah itu susulan kejayaan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) membangunkan Sistem Maklumat Hospital Lengkap (THIS) dan aplikasi mudah alih Patient Journey dan Virtual Card bagi memperkukuh pemantauan pesakit secara maya. Katanya, sistem…










