KMI Kuala Terengganu Medical Centre (KMI Kuala Terengganu) melakar kejayaan di peringkat antarabangsa apabila menerima Anugerah Global Performance Excellence (GPEA) 2025-Best in Class.

KMI Kuala Terengganu Medical Centre (KMI Kuala Terengganu) melakar kejayaan di peringkat antarabangsa apabila menerima Anugerah Global Performance Excellence (GPEA) 2025-Best in Class.

KMI Kuala Terengganu Medical Centre
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: KMI Kuala Terengganu Medical Centre (KMI Kuala Terengganu) melakar kejayaan di peringkat antarabangsa apabila menerima Anugerah Global Performance Excellence (GPEA) 2025-Best in Class.

Pengurus Besar KMI Kuala Terengganu, Salina Long berkata, pengiktirafan tersebut membuktikan keupayaan hospital tempatan mencapai standard antarabangsa dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan.

“Kejayaan ini membanggakan seluruh warga kerja KMI Kuala Terengganu. Ia membuktikan bahawa penjagaan kesihatan di Malaysia mampu mencapai standard antarabangsa.

“Pengiktirafan ini menjadi dorongan untuk kami terus menambah baik, berinovasi, seterusnya memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit,” katanya.

Selain itu, KMI Kuala Terengganu yang juga anak syarikat KMI Healthcare turut menerima Asia Pacific Quality Organization (APQO) International Best Practice Award (AIBP) 2025-Silver bagi inisiatif Special Task Force (STF) for Profitability, yang mengiktiraf kecemerlangan hospital dalam mengurus kelestarian kewangan dan kecekapan operasi.

Majlis penyampaian anugerah itu berlangsung dari 15 hingga 17 Oktober lalu di Beijing International Convention Centre, China sempena Persidangan Antarabangsa APQO Ke-30.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif KMI Healthcare, Dr. Rayney Azmi Ali berkata, kejayaan KMI Kuala Terengganu seiring dengan misi kumpulan untuk menetapkan penanda aras baharu dalam kualiti, keselamatan dan inovasi penjagaan kesihatan di Malaysia.

“Kejayaan ini adalah sebahagian daripada misi KMI Healthcare untuk menetapkan standard dalam kualiti, keselamatan dan inovasi di semua hospital kami.

“Kami komited untuk meningkatkan tahap perkhidmatan penjagaan kesihatan di seluruh negara,” katanya.

KMI Healthcare kini mengurus rangkaian hospital termasuk KMI Kuantan, KMI Kelana Jaya, KMI Taman Desa dan KMI Tawau yang terus memainkan peranan penting dalam memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti.

Setiap tahun, KMI Kuala Terengganu merawat lebih 50,000 pesakit dengan kadar kepuasan 91 peratus hasil usaha berterusan memperkukuh tenaga kerja dan sistem operasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×