Kes Influenza MRSM menurun

Kes Influenza MRSM menurun

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kes jangkitan Influenza pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara menurun daripada 2,724 kes kepada 1,290 kes.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, namun pengajaran dan pembelajaran dalam talian tetap diteruskan bagi memutuskan rantaian jangkitan kes.

“Alhamdulillah, nampak trend penurunan kes jangkitan Influenza dari 2,724 kepada 1,290 pelajar MRSM seluruh Malaysia.

“Pembelajaran dan pengajaran dalam talian akan terus dilaksanakan di 34 MRSM sehingga diputuskan rantaian jangkitan. Tolong doakan ya,” katanya dalam Facebook hari ini

Sebelum ini, Asyraf Wajdi berkata,  34 MRSM melaksanakan pembelajaran dalam talian susulan penularan jangkitan influenza dalam kalangan pelajarnya.

Beliau dilaporkan berkata, langkah proaktif berkenaan diambil pengurusan Mara selepas setiap MRSM berkenaan mencatatkan jangkitan Influenza melebihi 50 kes.

“Sejak penularan kes berlaku, pengurusan sudah mengarahkan semua pengetua MRSM mengambil langkah segera bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar sentiasa terjamin.

“Antara langkah yang dilaksanakan termasuk memberikan rawatan segera kepada pelajar yang mempunyai simptom influenza di klinik kesihatan atau hospital, mengasingkan pelajar yang sakit daripada yang sihat serta memastikan pemakaian pelitup muka,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN