Mengundi adalah suara rakyat, amanah demokrasi bagi generasi masa depan

Mengundi adalah suara rakyat, amanah demokrasi bagi generasi masa depan

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proses mengundi bukan hanya memilih calon sebaliknya merupakan amanah demokrasi dan tanggungjawab menentukan hala tuju negeri serta masa depan generasi akan datang.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setiap rakyat mempunyai peluang untuk menentukan arah masa depan negeri menerusi undi yang diberikan di pusat mengundi.

Beliau justeru menyeru seluruh pengundi yang layak agar keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.

“Mengundi bukan sekadar memilih seorang calon. Ia adalah suara rakyat, amanah demokrasi dan satu tanggungjawab terhadap generasi yang akan dating.

“Semua penyokong, petugas dan sukarelawan supaya mengekalkan kematangan dalam berpolitik dengan menghormati semua pihak, mematuhi undang-undang, menjaga adab serta memelihara semangat perpaduan sepanjang proses pilihan raya berlangsung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berharap agar proses pengundian hari ini berjalan lancar bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing.

“Selamat mengundi buat seluruh rakyat Johor. Semoga Allah SWT memelihara Johor dan memberkati negeri yang kita cintai ini,” katanya.

Setakat 9 pagi tadi, seramai 213,878 daripada 2,682,642 pengundi sudah keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Jumlah itu mewakili 7.97 peratus, lebih tinggi berbanding kadar keluar mengundi pada PRN Johor ke-15 pada 2022 iaitu 6.35 peratus.

Data dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu juga menunjukkan kerusi N29 Mahkota mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi dengan 15.8 peratus, diikuti N39 Tanjung Surat (14.7 peratus) dan N35 Pasir Raja (13.6 peratus).

Tiga kawasan mencatatkan peratus keluar mengundi terendah selepas sejam pusat mengundi dibuka iaitu N12 Bentayan dan N13 Simpang Jeram, masing-masing pada 7.7 peratus, manakala N56 Kukup mencatatkan 7.6 peratus.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN