Jenazah dua mangsa bunuh dijangka kebumi malam ini

Jenazah dua mangsa bunuh dijangka kebumi malam ini

JENAZAH salah seorang daripada mangsa bunuh di Kampung Sekolah, Juru, Bukit Mertajam malam tadi dibawa menaiki van untuk dikebumikan di Jeneri, Sik, Kedah malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Jenazah dua mangsa bunuh, Sariya Che Hin, 51, dan anak angkatnya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11, dijangka dikebumikan di kampung halaman wanita itu di Jeneri, Sik, Kedah malam ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh abang kepada Sariya, Bismi Che Hin ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik, Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, petang tadi.

Terdahulu, proses bedah siasat kedua-dua jenazah selesai kira-kira pukul 4.30 petang sebelum dituntut oleh ahli keluarga kira-kira pukul 5.55 petang.

Suasana pilu dan hiba terasa apabila kira-kira 30 ahli keluarga turut hadir untuk menunggu proses bedah siasat itu dijalankan.

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Sekolah, Juru di sini malam tadi, mayat Sariya dan Nur Afrina Alisha dijumpai dengan kesan tikaman dan kelar pada anggota badan termasuk tangan yang terputus serta kepala yang hampir putus.

Susulan kejadian itu, suami kepada Sariya turut direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN