PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terus mempercepat urusan pengeluaran sijil halal, sementara Halal Development Corporation menggalakkan pematuhan halal dalam kalangan syarikat. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu SME Bank menawarkan pembiayaan khusus kepada Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS) halal dengan dana berjumlah RM100 juta. “Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) meningkatkan jaminan kerajaan bagi pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) halal sehingga RM2 bilion berbanding RM1…