KUALA LUMPUR: Institusi Parlimen akan menerima peruntukan kira-kira RM220 juta tahun depan.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai tambahan, sebanyak RM5 juta akan diperuntukkan khusus bagi memperkasa fungsi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negara dan Dewan Rakyat sebagai semak imbang kepada dasar-dasar kerajaan.
“Setakat ini, rakyat di 143 kawasan Parlimen telah menerima manfaat daripada program-program kelestarian yang diikhtiarkan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM).
“RM15 juta juga akan disediakan untuk memperluas liputan ke lebih banyak kawasan parlimen,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN