Hanya atlet cergas wakili negara ke Sukan SEA 

Hanya atlet cergas wakili negara ke Sukan SEA 

Ketua Kontinjen Negara (CDM) ke Sukan SEA Thailand 2025, Nurul Huda Abdullah bercakap pada sidang akhbar selepas melawat sesi latihan skuad boling kebangsaan bagi persiapan ke Sukan SEA Thailand 2025 di Sunway Megalanes di sini hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2025, Nurul Huda Abdullah menegaskan hanya atlet bebas daripada masalah kecederaan dan cergas sepenuhnya akan dipilih mewakili negara ke temasya dwitahunan itu.

Nurul Huda berkata pendekatan tersebut diambil bagi memastikan hanya atlet yang bersedia sepenuhnya dari segi fizikal dan mental dihantar untuk menggalas cabaran negara di Thailand nanti.

“Kami tidak akan membawa mana-mana atlet yang mengalami kecederaan, walau sekecil mana sekalipun, kami mahu pasukan yang cergas, kuat dan sihat sepenuhnya,” katanya selepas lawatan ke kem latihan tenpin boling negara di Sunway Megalanes hari ini.

Katanya lagi, kesemua atlet yang bertanding di temasya itu diwajibkan menjalani pemeriksaan perubatan termasuk mereka yang tidak berada di bawah program kebangsaan.

“Bagi atlet yang masih dalam proses pemulihan, mereka wajib melengkapkan sijil kecergasan sebelum dibenarkan bertanding.

“Kita ke Sukan SEA bukan untuk bercuti, tetapi untuk menunjukkan kesungguhan dan membawa pulang pingat yang membanggakan negara,” katanya.

Nurul Huda berkata, langkah tersebut diambil bertujuan mengelakkan daripada atlet menggunakan alasan cedera sekiranya mereka tidak dapat menghadiahkan pingat buat negara pada temasya itu nanti. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN