Empat negeri diramal ribut petir

Empat negeri diramal ribut petir

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di utara Semenanjung serta di Sabah sehingga pukul 2 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran tersebut melibatkan Perlis, beberapa daerah di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda, selain seluruh Pulau Pinang serta kawasan Tawau, Sabah.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam, yang hampir atau dijangka berlaku melebihi tempoh satu jam,” katanya hari ini.

MetMalaysia menjelaskan, amaran ribut petir adalah bersifat jangka pendek dan hanya sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

“Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika berada di kawasan terbuka, termasuk nelayan dan pengguna jalan raya, serta menangguhkan aktiviti luar bagi mengelak risiko kejadian tidak diingini seperti pokok tumbang dan kilat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN