LUMUT: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan kepada budi bicara institusi pendidikan tinggi di Sabah untuk menyesuaikan aktivitinya selaras tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, bulan depan. Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kebiasaannya KPT tidak akan masuk campur urusan aktiviti universiti dan institusi pendidikan tinggi lain termasuk menetapkan tarikh konvokesyen mereka. Katanya, sehingga kini Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah membuat keputusan dan memaklumkan kepada KPT untuk meniadakan konvokesyennya…










