JOHOR BAHRU: Pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA 2) akan disegerakan demi memastikan sektor kesihatan awam negeri ini terjamin, susulan pengumuman dalam Belanjawan 2026. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, kerja-kerja awalan bagi projek tersebut telah disiapkan pada Ogos lalu. “Kerajaan negeri Johor berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberitahu dua projek kesihatan awam di negeri ini akan dipercepatkan pembinaannya, iaitu…