JOHOR BAHRU: Angkatan Wanita Amanah (Awan) Johor sedia meletakkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang. Ketuanya, Norhayati Bidin berkata, langkah itu diambil susulan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tidak lagi berada dalam kerajaan Perpaduan, sekaligus memberikan kekosongan terhadap kerusi itu dalam gabungan Pakatan Harapan (PH). Katanya, Awan Johor telah melakukan persediaan rapi termasuklah mengukuhkan jenteranya di peringkat akar umbi.…