PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengesahkan tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) MUDA Sabah berkata, parti itu membuat ketetapan kekal berkecuali daripada menyatakan sokongan kepada mana-mana parti yang akan bertanding, sama ada parti tempatan mahupun parti nasional.
“Muda Sabah mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon dan berharap agar gelanggang demokrasi ini diraikan dengan adil dan jujur.
“Setiap undi amat bermakna dalam menentukan hala tuju Sabah; ini tanggungjawab kita bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Mudah Sabah dilapor memberi bayangan bertanding kurang 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Sabah.-UTUSAN










