Australia muncul juara SOJC edisi ke-13

Australia muncul juara SOJC edisi ke-13

Pemain Australia bersorak gembira sambil menjulang Piala Sultan Johor apabila muncul juara pada perlawanan akhir Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 (B-21) tahun Piala Sultan Johor menentang India di Perbadanan Stadium Hoki Johor, Taman Daya, Johor Bahru disini . Australia menang 2-1. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Australia muncul juara Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor (SOJC) dalam aksi penuh dramatik menewaskan India 2-1 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan Australia menamatkan penantian lapan tahun untuk bergelar juara setelah kali terakhir memenanginya pada 2017, dan muncul juara buat kali ketiga.

Kemenangan tersebut juga membolehkan Australia menamatkan badi di pentas akhir SOJC buat tiga tahun berturut-turut setelah tewas kepada India (2022), Jerman (2023) dan Great Britain (2024).

Skuad kendalian Jay Stacy terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pukulan sudut penalti yang diambil oleh Will Oliver dan disudahkan oleh Ian Grobbelaar pada minit ke-13.

Anak buah PR Sreejesh hampir memecahkan kebuntuan menerusi pukulan deras Araijeet Singh Hundal pada minit ke-16 tetapi ia dinafikan penjaga gawang Australia, Magnus Mccausland.

Gawang Australia akhirnya bolos setelah pukulan sudut penalti diambil Ajeet Yadav disempurnakan oleh Anmol Ekka pada minit ke-17.

Taktikal Stacy yang berusaha memenangi pukulan sudut penalti pada penghujung suku keempat membuahkan hasil apabila pukulan yang dilakukan Ian meletakkan Australia di hadapan.

Australia bertahan dengan cemerlang menafikan empat pukulan sudut penalti India berturut-turut sebelum wisel penamat ditiupkan.

Sementara itu, juara bertahan, Great Britain sekadar berpuas hati menamatkan saingan SOJC kali ini di tempat ketiga apabila menang tipis 3-2 ke atas Pakistan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN