Parti bukan Melayu tidak bantah Pas terajui PN-Takiyuddin

Parti bukan Melayu tidak bantah Pas terajui PN-Takiyuddin

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas menegaskan parti-parti bukan Melayu dalam Perikatan Nasional (PN) tidak membantah sekiranya parti itu menerajui gabungan tersebut.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, semakan yang dibuat bersama parti-parti terlibat mendapati mereka tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Pas mengetuai PN.

“Saya agak dukacita apabila ada beberapa pihak membuat andaian-andaian tidak tepat, kononnya ada parti-parti tidak setuju Pas pimpinan PN.

“Apabila kita berhubung dengan parti-parti tersebut, mereka tiada masalah dan itu bukan kenyataan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat khas secara tertutup kepada warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Timbalan Pengerusi PN itu berharap, semua parti dalam gabungan berhenti mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan terdapat parti tidak setuju Pas mengetuai PN.

Katanya, kenyataan sedemikian hanya mewujudkan suasana tidak sihat serta mengelirukan.

Sebelum itu, tular dakwaan mengaitkan parti komponen dalam PN tidak setuju Pas menerajui gabungan itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN