PETALING JAYA: Negara ASEAN perlu menangani jenayah terancang rentas sempadan khususnya melibatkan penipuan siber dan sindiket dalam talian.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata, Konvensyen Jenayah Siber di Hanoi, Vietnam sebelum ini menjadi asas ke arah perancangan bagi mengekang jenayah tersebut.
“Saya baru-baru ini menyaksikan kemajuan penting di Hanoi dengan termeterainya Konvensyen Jenayah Siber, satu perjanjian penting bagi melindungi manusia dalam era digital.
“Saya amat mengalu-alukan sokongan ASEAN untuk meratifikasi serta melaksanakan perjanjian ini,” pada sidang akhbar sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Guterres berkata, beliau menghargai usaha berterusan ASEAN dalam meredakan ketegangan di Laut China Selatan serta mempercepatkan rundingan Kod Tatakelakuan (COC).
“Saya juga memuji peranan Malaysia dalam memudah cara gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand satu contoh penyelesaian konflik secara aman,” jelasnya. – UTUSAN










