KUALA LUMPUR: ASEAN bertekad memperkukuh jalinan kerjasama dengan Jepun di bawah kepimpinan Perdana Menteri baharu, Sanae Takaichi dalam aspek tertentu khususnya bidang inovasi, tenaga bersih serta pertumbuhan mampan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya yakin dengan kepimpinan Takaichi akan memberi nafas baharu kepada hubungan erat antara ASEAN dan Jepun yang telah terjalin sejak sekian lama. “Saya berbesar hati mengalu-alukan Perdana Menteri Sanae Takaichi ke Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun yang…









