Anwar ke Korea Selatan hadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC

Anwar ke Korea Selatan hadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC

ANWAR Ibrahim sebelum berlepas ke Gyeongju, Republik Korea, bagi menyertai Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). - FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Korea Selatan hari ini untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

“Misi Diplomasi Madani diteruskan ke Gyeongju, Republik Korea, bagi menyertai Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC,” katanya menerusi hantaran di akaun media sosial miliknya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, mesyuarat berkenaan menjadi medan penting memperkukuh jaringan kerjasama ekonomi serantau, memperluas perdagangan yang adil, serta memperkasa agenda kemampanan dan kesejahteraan sejagat.

“Mohon doa dan dukungan agar perjalanan serta urusan delegasi Malaysia dipermudah, Insya-Allah,” katanya.

Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC 2025 diadakan di bandar pesisir pantai Gyeongju di tenggara Korea Selatan. 

Ini merupakan kali kedua Korea Selatan menjadi tuan rumah mesyuarat APEC selepas kali pertama pada tahun 2005.

 Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku, Datuk Seri Zafrul Aziz, yang sudahpun berada di Gyeongju mewakili Malaysia pada mesyuarat peringkat Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN