Datuk ditahan bantu siasatan lori langgar cucu

Datuk ditahan bantu siasatan lori langgar cucu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Lelaki berusia 61 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes cucu perempuan berusia dua tahun yang meninggal dunia selepas dilanggar dalam kejadian di Kampung Bukit Kuang, Gurun pagi ini.

Individu yang juga datuk mangsa itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, petang tadi ketika dia hadir memberi keterangan berkaitan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan permohonan reman akan dibuat pagi esok di Mahkamah Majistret Sungai Petani.

“Ia bagi membolehkan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001. Sementara itu, ujian saringan air kencing terhadapnya juga negatif dadah,” katanya.

Terdahulu akhbar melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas dilanggar lori dipandu datuknya yang sedang mengundur.

Kejadian yang berlaku pada pukul 10.20 pagi di hadapan rumah mereka menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN