GOMBAK: Kegagalan menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak (child seat) dikenal pasti sebagai punca utama seorang bayi lelaki berusia setahun tercampak keluar sebelum maut dalam nahas ngeri di Plaza Tol Bukit Kajang, Sabtu lalu. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, siasatan awal polis mendapati bayi terbabit tidak ditempatkan di dalam kerusi keselamatan kanak-kanak ketika kejadian, sebaliknya tercampak keluar dan tersepit pada kenderaan lain selepas sebuah lori muatan lusuh merempuh beberapa kenderaan…