Terbuka Korea: Tang Jie-Ee Wei tarik diri saat

Terbuka Korea: Tang Jie-Ee Wei tarik diri saat akhir

Ee Wei mula mengalami masalah sakit dibelakangnya ketika aksi final China Masters pada Ahad lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terpaksa menarik diri daripada Terbuka Korea yang bermula hari ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kenyataan rasmi malam tadi mengesahkan penarikan diri pasangan No. 3 dunia itu.

“Ee Wei mengalami kecederaan pada bahagian kanan teras badan (right-side core) dan akan menjalani pemeriksaan lanjut sebaik pulang ke Malaysia,” kata BAM dalam kenyataan.

BAM dalam kenyataan sama turut menzahirkan harapan agar Ee Wei segera pulih dan kembali beraksi pada tahap terbaik.

Terdahulu, Ee Wei bergelut dengan kecederaan belakang ketika beraksi di final China Masters 2025 Ahad lalu menentang gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran.

“Memang ada masalah belakang sejak perlawanan sebelum ini, tetapi bila masuk gelanggang tiada alasan, taktikal kami saja yang tak menjadi,” kata Ee Wei selepas tamat perlawanan pada Ahad.

Bukan Tan Jie-Ee Wei sahaja tidak menyertai Terbuka Korea, malah beregu lelaki No.2 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga tidak menyertai kejohanan tersebut.

Turut tidak beraksi kejohahan berstatus super 500 itu ialah gandingan No.8 dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah.

Keputusan beberapa wakil utama negara menarik diri dilihat sebagai langkah berani demi memastikan kecergasan serta prestasi berada pada tahap terbaik menjelang kejohanan akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN