PETALING JAYA: Proses penyediaan dokumentasi bagi negara China menandatangani protokol Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) setakat ini berjalan lancar. Memetik laporan Bernama, Menteri Luar, Mohamad Hasan berkata, bagaimanapun ia merupakan satu proses yang panjang bagi menandatangani protokol terbabit. “Ketika ini perkembangannya amat baik, malah keputusan China yang sebelum ini menyatakan kesediaan untuk menandatangani protokol SEANWFZ tanpa sebarang syarat itu amat kita (Asean) alu-alukan. “Selepas kenyataan China itu, negara…










