BUKIT MERTAJAM : Pulau Pinang akan melaksanakan beberapa projek tebatan banjir secara menyeluruh bagi memastikan masalah banjir berulang tidak lagi berlaku khususnya di kawasan-kawasan yang sering dinaiki air sebelum ini. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, salah satu daripada projek tersebut ialah Projek Tebatan Banjir Taman Machang Bubok di sini yang bernilai RM1.95 juta. Beliau berkata, kawasan itu dikenal pasti sebagai salah satu daripada lokasi…










