Pearly-Thinaah jumpa Pei Kee-Mei Xing di suku akhir

Pearly-Thinaah jumpa Pei Kee-Mei Xing di suku akhir

Pearly Tan-M. Thinaah tewas kepada gandingan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian yang menghuni ranking No. 4 dunia 14-21, 11-21 dalam masa 35 minit di Hong Kong Coliseum - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertembungan rakan senegara sekali lagi merancakkan Terbuka Hong Kong apabila dua beregu wanita Malaysia bakal menghangatkan saingan suku akhir kejohanan bertaraf Super 500 itu esok.

Pearly Tan-M. Thinaah selaku juara bertahan mara ke suku akhir selepas menewaskan gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari 21-18, 21-17.

Beregu No.2 dunia itu hampir dikejutkan apabila ketinggalan 10-16 dalam set pertama sebelum mengubah momentum permainan di Koliseum Hong Kong.

Pearly-Thinaah yang juga naib juara dunia kini mengintai peluang mempertahankan gelaran selepas menjuarai edisi lalu menundukkan gandingan No.1 dunia Liu Sheng Shu-Tan Ning.

Turut mara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing selepas mengejutkan gandingan Taiwan, Su Yan Ching-Sung Yu Hsun 21-19, 21-18 dalam tempoh 41 minit.

Kejayaan itu memastikan dua wakil negara bakal bertembung sesama sendiri di pentas suku akhir yang dijadual berlangsung esok.

Bagaimanapun, nasib berbeza menimpa beregu lelaki No.6 dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang terkandas di pusingan kedua.

Mereka tunduk 17-21, 21-11, 15-21 kepada gandingan Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan yang sebelum ini turut menyingkirkan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi serta pasangan No.3 dunia Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani di Kejohanan Dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN