Scammer dikenakan hukuman sebat di Singapura

Scammer dikenakan hukuman sebat di Singapura

SEKITAR 190,000 kes penipuan dilaporkan sepanjang lima tahun lalu di Singapura. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Singapura bakal melaksanakan hukuman enam hingga 24 sebatan terhadap penjenayah yang disabit kesalahan melakukan penipuan dalam talian.

Hukuman rotan di Singapura sebelum ini hanya dikenakan bagi kesalahan berat seperti rogol, pengedaran dadah dan pinjaman wang haram dan terpakai kepada pesalah lelaki berumur bawah 50 tahun sahaja.

Langkah terbaharu itu di­perkenalkan ketika Singapura memperhebat usaha membanteras sindiket penipuan dalam talian yang menyebabkan kerugian lebih AS$2.8 bilion (RM11.6 bilion) di negara itu sepanjang 2020 hingga 2025.

Menteri Kanan Hal Ehwal Dalam Negeri, Sim Ann memaklumkan Parlimen, sekitar 190,000 kes penipuan dilaporkan dalam tempoh tersebut.

Dalam pembentangan rang undang-undang sebelum ia diluluskan awal minggu ini, beliau berkata, jenayah penipuan kini menyumbang 60 peratus daripada keseluruhan kes jenayah di Singapura.

“Kami akan memperkenalkan hukuman rotan mandatori bagi pesalah penipuan. Mereka yang melakukan penipuan melalui komunikasi jarak jauh akan dikenakan sekurang-kurangnya enam sebatan rotan.

“Mereka yang membantu sindiket penipuan termasuk ‘keldai wang’ yang menawarkan akaun bank atau kad SIM untuk digunakan boleh dikenakan sehingga 12 sebatan rotan,” jelasnya.

Awal tahun ini, kerajaan meluluskan undang-undang baharu yang membenarkan polis menyekat transaksi bank seseorang jika terdapat tanda-tanda aktiviti penipuan.

Jumaat lalu, polis Singapura merampas aset bernilai lebih AS$115 juta (RM479 juta) milik jutawan Britain-Kemboja, Chen Zhi yang dituduh mengendalikan kem buruh paksa untuk digunakan sebagai pusat penipuan selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendedahkan pertuduhan terhadapnya awal bulan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN