PETALING JAYA: Kedutaan Malaysia di Iran yang ditutup sementara susulan konflik melibatkan negara itu dan Israel pada Jun lalu, kini kembali beroperasi. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Duta Besar Malaysia ke Iran, Khairi Omar juga telah kembali bertugas di Tehran selepas pulang ke tanah air seketika melalui penerbangan dari Ashgabat, Turkmenistan ketika konflik. Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan tarikh sebenar kedutaan itu kembali dibuka dan beroperasi. “Penutupan sementara (kedutaan)…