Maghribi jadi wakil Afrika pertama ke Piala Dunia 2026

Maghribi jadi wakil Afrika pertama ke Piala Dunia 2026

Pemain tengah Maghribi, Azzedine Ounahi (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan semasa perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 Kumpulan E Afrika antara Maghribi dan Niger di Kompleks Sukan Putera Moulay Abdellah di Rabat hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RABAT: Maghribi menempah tiket lebih awal ke Piala Dunia 2026 selepas membelasah Niger yang beraksi 10 pemain, 5-0 dalam aksi Kumpulan E, pagi tadi.

Dua jaringan Ismael Saibari pada babak pertama membuka jalan sebelum Ayoub El Kaabi, Hamza Igamane dan Azzedine Ounahi menambah derita lawan selepas rehat.

Kemenangan keenam berturut-turut itu memastikan Atlas Lions muncul juara kumpulan dengan 18 mata penuh, sekali gus mengesahkan penampilan ketujuh di pentas dunia biarpun masih berbaki dua perlawanan.

Maghribi sebelum ini mencipta sensasi di Qatar 2022 apabila mara sehingga separuh akhir selepas menyingkirkan gergasi Eropah seperti Sepanyol dan Portugal sebelum tewas kepada Perancis.

Daripada penjaring menentang Niger, hanya Ounahi merupakan tonggak skuad 2022, manakala jurulatih Walid Regragui memberi kepercayaan kepada muka baharu seperti Saibari dari PSV Eindhoven.

Dalam aksi Kumpulan A pula, Mesir menundukkan Ethiopia 2-0 di Kaherah hasil jaringan penalti Mohamed Salah dan Omar Marmoush, sekali gus berpeluang mengikuti jejak Maghribi jika menewaskan Burkina Faso Selasa ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN