Lyles 'terjun kapal terbang' demi emas 200m

Lyles ‘terjun kapal terbang’ demi emas 200m

NOAH LYLES - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Noah Lyles mengakui terpaksa mengatasi tekanan mental yang besar untuk bertanding di Kejohanan Olahraga Dunia di Tokyo, Jepun.

Jaguh Amerika Syarikat (As) itu mengakui pengorbanannya berbaloi apabila mencatat sejarah dengan menjuarai acara 200 meter (m) buat kali keempat, kelmarin.

Jaguh pecut berumur 28 tahun yang menyamai rekod legenda Jamaica, Usain Bolt, mengakui dia menghadapi cabaran besar untuk kembali ke venue Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Lyles merupakan pilihan utama untuk memenangi acara 200m Olimpik Tokyo, namun dia sekadar meraih gangsa yang menyebabkannya alami kemurungan serius.

“Saya masih ingat kali terakhir saya datang ke Tokyo, dan… ya Tuhan, tempat duduk semua kosong.

“Saya sedang mengalami kemurungan ketika itu dan saya tidak dapat menunjukkan prestasi seperti yang saya inginkan.

“Saya telah pergi ke dua Olimpik dan kedua-duanya tidak berjalan seperti yang dirancang, jadi strategi kali ini adalah untuk memberikan segalanya.

“Saya dan ahli terapi saya banyak berbincang tentang betapa pentingnya untuk ‘padamkan semua itu dari fikiran’.

“Rujukan yang kami gunakan adalah ‘Terjun dari kapal terbang’ Sama ada anda lompat atau tidak, kalau anda tak lompat, anda takkan menang perlumbaan,” katanya.

Kelmarin, Lyles memenangi acara 200m selepas melakukan catatan 19.52 saat (s), perak dimenangi rakan senegaranya, Kenny Bednarek dengan 19.58s manakala gangsa milik Bryan Levell dari Jamaica (19.64s). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN