Lyles, Alfred jadi tumpuan di Tokyo

Lyles, Alfred jadi tumpuan di Tokyo

NOAH Lyles jadi tumpuan utama dalam saingan 100 meter (m) Kejohanan Olahraga Dunia di Tokyo, Jepun hujung minggu ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Saingan 100 meter (m) Kejohanan Olahraga Dunia di Tokyo, Jepun hujung minggu ini pastinya terarah kepada dua juara Olimpik, Noah Lyles dan Julien Alfred.

Lyles bakal diuji hebat barisan pelari Jamaica yang berazam meruntuhkan dominasi Amerika Syarikat (AS) dalam acara riben biru itu.

Alfred pula membawa misi menambah koleksi gelaran dunia selepas mencipta sejarah meraih emas pertama buat St.Lucia di Olimpik Paris.

“Saya rasa mahu tambah satu lagi emas dalam koleksi, saya lebih cergas daripada sebelum ini dan secara mental saya berada di tempat yang saya mahu.

“Saya sangat yakin dan mahu berlari dengan sempurna di Tokyo untuk buktikan kemampuan saya sekali lagi,” kata Alfred.

Dalam pada itu, jaguh Jamaica, Kishane Thompson yang tewas hanya lima perseribu saat kepada Lyles di Paris dianggap ancaman terbesar dengan catatan 9.75 saat (s) musim ini.

Pelari Botswana, Letsile Tebogo juga dijangka menjadi pengacau selepas tampil konsisten selain pernah menuduh Lyles ‘angkuh’ ketika final 200m Olimpik Paris tahun lalu..

“Saya pilih untuk berada di luar perhatian dan biar kaki saya sahaja yang bercakap di trek,” kata Tebogo.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN