Hodgkinson catat rekod dunia 800m dalam dewan

Hodgkinson catat rekod dunia 800m dalam dewan

Atlet Britain, Keely Hodgkinson diraikan selepas mencatat rekod dunia dalam acara 800 meter pada Kejohanan Dalam Dewan di Lievin, Perancis, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIEVIN: Juara Olimpik Keely Hodgkinson memecahkan rekod dunia 800 meter (m) wanita dalam dewan semalam di sebuah kejohanan dekat sini dengan catatan masa satu minit 54.87 saat.

Hodgkinson memperbaharui rekod hampir satu saat lebih pantas berbanding catatan 1 minit 55.82 saat milik atlet Slovenia, Jolanda Ceplak, yang dilakukan pada 2002.

“Syukur. Itu memang sangat menyeronokkan, saya benar-benar menantikan ini,” kata Hodgkinson kepada penonton di utara Perancis.

Hodgkinson memecut 400m pertama dalam 55.56 saat sambil pantas meninggalkan pencabarnya.

Pada pusingan terakhir, beliau terus meningkatkan langkah untuk menamatkan perlumbaan 0.95 saat lebih pantas daripada rekod yang hampir berusia 24 tahun itu.

Sabtu lalu, atlet berusia 23 tahun itu mencatat masa 1:56.33s tanpa bantuan lampu penanda kelajuan di tepi trek masa ketiga terpantas dalam sejarah Kejohanan Olahraga Britain.

“Saya rasa ini rekod saya untuk dipecahkan,” kata Hodgkinson selepas aksi tersebut di Birmingham.

Sebelum Kejohanan Britain itu, beliau tidak beraksi dalam acara dalam dewan hampir tiga tahun.

Beliau sebelum ini menyasarkan untuk memecahkan rekod tersebut pada musim sejuk lalu tetapi terpaksa melupakan hasrat itu akibat kecederaan lutut.

Hodgkinson  kemudian diganggu kecederaan hamstring pada awal musim panas dan sekadar meraih gangsa pada Kejohanan Dunia di Tokyo pada September. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN