ISKANDAR PUTERI: Tiga pemain warisan yang dikenakan tindakan penggantungan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tidak disenaraikan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) menentang FC Machida Zelvia, malam ini.
Tiga pemain yang dimaksudkan ialah Jon Irazabal, Hector Hevel dan Joao Figueiredo.
Pada perlawanan kedua Kumpulan A, pengendali Harimau Selatan, Xisco Munoz menurunkan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed yang membuat penampilan pertama dalam kejohanan antarabangsa itu.
Munoz terus meletakkan kepercayaan kepada Bergson Da Silva sebagai penggempur utama selepas pemain itu meledak hatrik dalam dua perlawanan berturut-turut terdahulu.
Di bahagian JDT diisi oleh Arif Aiman Hanapi, Ager Aketxe, Nacho Mendez, Eddy Israfilov dan Afiq Fazail.
Sementara itu, Antonio Glauder, Jonathan Silva, Raul Parra dan Oscar Arribas diberikan tugas memperkuat benteng pertahanan.-UTUSAN