Izzat nekad buru podium di Langkawi

Izzat nekad buru podium di Langkawi

Pelumba Malaysia Pro Cycling (MPC) Mohamad Izzat Hilmi Abdul Halil (dua dari kiri) ketika menjalani latihan menjelang perlumbaan peringkat pertama Le Tour de Langkawi (LTDL) 2025 pada 28 September ini, di sini, semalam. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Pelumba berpengalaman Malaysia Pro Cycling (MPC), Mohamad Izzat Hilmi Abdul Halil mengintai peluang menaiki podium pada perlumbaan pembuka tirai Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 yang bermula esok.

Meskipun sedar saingan kali ini lebih getir dengan kehadiran ramai jaguh berkelas dunia, Izzat, 30, tetap optimis untuk melakar keputusan terbaik pada penampilan keenamnya di pentas LTdL.

“Pada peringkat pertama tahun lalu saya tamat di tempat ketujuh. Jadi tahun ini saya sasarkan kelompok lima teratas dan kalau ada rezeki, podium,” katanya.

Beliau juga berkata, keyakinannya disuntik daripada prestasi musim lalu, selain percaya peluang besar hadir pada laluan yang dijangka berakhir dengan pecut beramai-ramai.

“Kalau ikut profil laluan, peringkat pertama di Langkawi dan satu lagi penamat di Kemaman memang sesuai untuk pelumba seperti saya. 

“Kalau jadi pecut berkelompok, saya akan cuba ambil kesempatan,” ujarnya.

Perlumbaan sejauh 96.7 kilometer di Langkawi hari ini dijangka berlangsung sengit apabila peloton perlu mengharungi tiga zon pecutan dan satu zon pendakian sebelum menamatkan kayuhan di Kuah.

LTdL 2025 sekali lagi menjanjikan kayuhan dramatik dengan Malaysia berhasrat melihat wakil tempatan mencipta kejutan, dan Izzat dilihat sebagai antara sandaran terbaik untuk mengibarkan Jalur Gemilang di pentas podium. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN