KLUANG: Kejayaan kerajaan negeri menjana pendapatan melalui Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bukan hanya memberi manfaat kepada kawasan terbabit, malah limpahannya akan dirasai seluruh rakyat Johor. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, setiap hasil yang diperoleh daripada JS-SEZ akan dipulangkan semula kepada rakyat menerusi pelbagai insentif pembangunan. “Apabila ekonomi negeri berkembang pesat, pulangan lumayan itu akan menjadi penggerak untuk membangunkan semua daerah. Walaupun tumpuan banyak diberikan kepada JS-SEZ, hasilnya…