Hannah arah FAM utamakan rayuan FIFA demi maruah negara

Hannah arah FAM utamakan rayuan FIFA demi maruah negara

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan keutamaan sekarang adalah memastikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melengkapkan proses rayuan penuh berhubung hukuman yang dikenakan FIFA.

Menurut beliau, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memandang serius kes berkenaan yang bukan sahaja melibatkan tujuh pemain terbabit, malah seluruh pasukan kebangsaan.

“Keutamaan sekarang adalah untuk FAM lengkapi proses rayuan perundangan FIFA dan antarabangsa sehingga selesai sepenuhnya.

“Kesan perkara ini bukan sahaja melibatkan tujuh pemain tetapi seluruh pasukan kebangsaan kita, oleh itu semua pihak perlu pastikan proses ini dijalankan dengan penuh integriti dan ketelusan,” kata Hannah dalam laman sosial Instagram miliknya.

Jawatankuasa Tatatertib FIFA sebelum ini menjatuhkan hukuman penggantungan 12 bulan serta denda CHF2,000 (RM10,400) kepada tujuh pemain negara.

Manakala FAM pula turut diarahkan membayar denda CHF350,000 (RM1.8 juta) selepas didapati menyerahkan dokumen tidak sah ketika semakan kelayakan pemain.

Antara pemain terbabit ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

FAM kini mempunyai tempoh 10 hari untuk mengemukakan rayuan rasmi kepada Jawatankuasa Rayuan FIFA sebelum keputusan muktamad dibuat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN