PETALING JAYA: Misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang menuju ke Semenanjung Gaza kini berada kira-kira 463 batu nautika dari wilayah yang dikepung rejim Zionis Israel. Dalam kenyataan yang dikongsikan laman X, kapal-kapal terlibat kini menyambung semula pelayaran mereka selepas berhenti seketika bagi menangani masalah mekanikal. Flotilla itu dijangka tiba dalam tempoh empat hingga tujuh hari lagi. “Dalam masa dua hari, flotilla akan memasuki zon berisiko tinggi dan ketika ini,…