PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menganjurkan Program Eksplorasi Antirasuah Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) 2025 peringkat negeri sebagai usaha mendidik golongan muda mengenai bahaya jenayah rasuah. Timbalan Pesuruhjaya SPRM Negeri Selangor, Mohd. Azwan Ramli berkata, penglibatan mahasiswa dalam program berkonsepkan eksplorasi itu membuktikan generasi muda mempunyai semangat tinggi untuk bersama-sama memerangi rasuah. Menurutnya, program yang berlangsung di pekarangan SPRM Selangor itu memberi pendedahan kepada mahasiswa daripada pelbagai institusi…