TOKYO: Kejohanan Olahraga Dunia yang telah melabuhkan tirainya di Tokyo semalam menyaksikan dua persembahan luar biasa daripada atlet lompat galah Sweeden, Armand Duplantis dan pelari pecut wanita Amerika Syarikat (AS) Sydney McLaughlin-Levrone.
Duplantis mempamerkan aksi memukau dengan mencatat rekod dunia ke-14 dalam kerjayanya apabila melakukan lompatan 6.30 meter (m).
“Saya rasa satu-satunya cara untuk meninggalkan Jepun adalah dengan mencipta rekod dunia,” kata Duplantis.
Bagi McLaughlin-Levrone pula, dia hampir memecahkan rekod dunia berusia 40 tahun dalam final 400m wanita apabila melakukan larian 47.78 saat (s), kedua terpantas dalam sejarah di belakang Marita Koch dari Jerman yang membuat 47.60s pada 1985.
Dia turut menjadi atlet wanita kedua dalam sejarah memenangi tiga kejuaraan pecut dalam satu kejohanan dunia, selepas legenda Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce pada 2013.

Sementara itu, atlet muda Jamaica, Oblique Seville mmebuktikan kemampuannya untuk memenangi emas 100m lelaki menewaskan rakan senegara, Kishane Thompson dan juara Olimpik, Noah Lyles dengan catatan 9.77s.
“Olahraga adalah sukan mental dan fizikal tapi sejujurnya, saya rasa saya sudah menguasai aspek mental. Sekarang, lebih banyak pingat emas!” katanya. – AFP