Bos PSG patah tulang selangka akibat jatuh basikal

Bos PSG patah tulang selangka akibat jatuh basikal

Luis Enrique. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique berdepan kecederaan selepas mengalami kemalangan basikal hingga patah tulang selangka, semalam.

PSG dalam kenyataan di laman sosial X memaklumkan Enrique segera diberi rawatan kecemasan sebelum dijadual menjalani pembedahan.

“Susulan kemalangan berbasikal, Luis Enrique telah dirawat oleh perkhidmatan kecemasan dan akan menjalani pembedahan untuk patah tulang selangka,” tulis kelab itu di X.

Bekas jurulatih Sepanyol itu sebelum ini mencipta sejarah membawa PSG menjuarai Liga Juara-Juara buat kali pertama musim lalu.

Insiden itu berlaku ketika kelab gergasi Perancis sedang membuat persiapan menghadapi aksi Ligue 1 menentang Lens pada 14 September.

Tiga hari selepas itu, PSG akan memulakan misi mempertahankan kejuaraan Eropah menentang wakil Itali, Atalanta di Parc des Princes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN