Bukan kami tidak sayang pada darah daging sendiri. Atok mana yang tidak kasih pada cucunya nan seorang. Nenek mana yang tidak peduli pada cucu lelaki tunggal. Pakcik makcik mana yang tidak prihatin pada anak buah yang satu-satunya itu juga. Namun apabila kasih berada di persimpangan bukan mudah mencari penyelesaiannya. Kaedah yang berbeza pasti dampaknya juga tidak serupa. “Emak nampak sendiri dia selok beg tangan mak, ambil duit dan gesa-gesa pergi,”…