PETALING JAYA: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) telah melaksanakan hampir 20 program dalam tempoh 100 hari sejak pelantikan Ahmad Fauwaz Fadzil sebagai Mufti Wilayah Persekutuan. Antara program utama yang dilaksanakan termasuk Tausiah Sulung Mufti Wilayah Persekutuan di JMWP yang menekankan konsep rahmah sebagai asas fatwa serta mewujudkan hubungan harmoni warga jabatan. Selain itu, Ahmad Fauwaz turut menjadi panel dalam Program Pengkaderan Fuqaha Guru Takmir Jakim Peringkat Zon Utara yang bertujuan…