Anak bulan Ramadan berjaya dicerap 7.46 malam di PICC

Anak bulan Ramadan berjaya dicerap 7.46 malam di PICC

TARIKH sebenar bergantung kepada keputusan rukyah dari 29 tapak pencerapan seluruh negara dan pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Anak bulan Ramadan berjaya disaksikan pada pukul 7.46 malam tadi menerusi cerapan hilal yang dilakukan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini.

Ia sekali gus mengesahkan tarikh mula berpuasa umat Islam di negara ini pada esok sebagaimana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Kenampakan hilal atau anak bulan tersebut disaksikan sendiri Pegawai Unit Falak, Pejabat Mufti Wilayah, Muhammad Saidul Marjuni dan wakil Institut Latihan Islam Malaysia Awangku Bolkhizan.

ALAT cerapan yang diguna pakai bagi melihat anak bulan Ramadan di PICC, Putrajaya. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

Memberitahu Utusan Malaysia, Muhammad Saidul berkata, kaedah penentuan tarikh mula berpuasa menerusi cerapan di lokasi itu disahkan Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Datuk Muhammad Abdullah merangkap Ketua Pelapor Kenampakan Anak Bulan di Putrajaya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkesempatan menyantuni Mufti Wilayah Persekutuan, Profesor Madya Dr. Luqman Abdullah bersama warga Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1444H/2023M di Menara Kuala Lumpur. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya