PEMENTASAN teater lazimnya mempunyai kelompok peminat tersendiri di mana tidak semua orang mampu menghayati atau memahami sesebuah naskhah yang disampaikan khususnya jika jalan ceritanya terlalu berat yang mana pelakon banyak bermain dengan monolog. Namun, sejak kebelakangan ini, pementasan teater kembali disemarakkan khususnya di kawasan sebelah utara yang sebelum ini budaya menonton teater agak kurang khususnya dalam kalangan generasi muda. Ia terbukti dengan sambutan diterima ketika pementasan teater Anak Kerbau Mati…